Gerakan hari ini mencadangkan Barisan Nasional (BN) menubuhkan sebuah kumpulan pemikir di peringkat kebangsaan untuk membincang, menganalisis serta mencari penyelesaian terhadap pelbagai isu di negara ini.
Presiden Gerakan Datuk Dr Mah Siew Keong berkata kumpulan pemikir itu boleh disertai golongan intelektual daripada parti komponen parti BN dan bertindak sebagai platform untuk merangka strategi yang lebih padu serta berkesan.
Katanya langkah itu perlu untuk mereformasi BN supaya lebih inklusif dan berorientasikan rakyat dalam menghadapi cabaran masa depan.
"Jika kita mahu terus menerajui Malaysia pada masa hadapan, BN perlu bertindak untuk transformasi sekarang.
"Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan mengambil beberapa langkah konkrit dengan membentuk semula BN yang lebih kohesif, bersatu padu dan mesra rakyat," katanya dalam ucapan dasar beliau pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Gerakan dekat sini, hari ini.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya satu biro bagi setiap bidang di peringkat negeri dan bahagian ditubuhkan untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan daripada pelbagai kumpulan dalam BN serta masyarakat awam di peringkat akar umbi.
"Kita perlu menggalakkan lebih banyak dialog yang mendalam, perundingan yang kerap serta kerjasama tulen dalam kalangan parti-parti komponen BN, semuanya demi kepentingan rakyat," katanya.
Mengenai pemuafakatan parti komponen BN, beliau berkata konvensyen agung tahunan perlu diperkenalkan dengan mesyuarat AJK yang lebih kerap di peringkat bahagian diadakan agar pemimpin bahagian dapat bertemu lebih kerap.
"Keempat, kita perlu mempertimbangkan bagaimana mewujudkan mekanisme untuk memilih Pengerusi Bahagian BN dan ahli-ahli jawatankuasanya, dengan mengambil kira amalan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen dan memastikan semuanya diwakili.
"Penyusunan ini akan memastikan bahawa semua pemimpin BN bahagian sedar akan perasaan pelbagai komuniti dan parti komponen serta tidak bermain politik perkauman," katanya.
Mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14, Mah berkata BN juga perlu merekrut anggota yang lebih muda serta meletakkan mereka sebagai calon, memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara muda dengan majoriti penduduk di bawah umur 40 tahun.
Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga mahu kepimpinan BN mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggotanya yang membangkitkan isu perkauman tanpa mengira kedudukan mereka.
"Malah, pihak berkuasa yang berkaitan perlu membendung segala suara yang rasis dan memecah-belahkan masyarakat, yang bertentangan dengan kepercayaan dan nilai-nilai agama, serta semangat Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara," katanya.
Mah berkata Gerakan juga mahu kerajaan mempertimbang untuk meningkatkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), manakala isi rumah yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan diberi potongan cukai bagi bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sejumlah 1,618 orang atau 71 peratus daripada 2,279 perwakilan Gerakan seluruh negara menghadiri persidangan kali ini.
Bernama
Sun Oct 18 2015
MAH SIEW KEONG: Jika kita mahu terus menerajui Malaysia pada masa hadapan, BN perlu bertindak untuk transformasi sekarang. - Foto BERNAMA
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.