Gerbang Malam, antara destinasi pelancongan popular di Ipoh, akhirnya dibuka semula mulai Selasa selepas tidak beroperasi selama tiga bulan.
Sejak dibuka pada tahun 2002, ia merupakan antara lokasi yang menghidupkan suasana malam di tengah-tengah bandaraya Ipoh.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpuas hati dengan hari pertama walaupun hujan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Saya mendapati pihak Majlis Bandaraya Ipoh dan peniaga di sini menitik beratkan tentang SOP yang telah ditetapkan.
“Alhamdulillah, nampak gayanya ia berjalan lancar dan selepas ini saya harap orang ramai dapatlah memberi sokongan kepada para peniaga di sini kerana telah sekian lama mereka tidak dapat berniaga.
“Tambahan pula, para peniaga di sini kebanyakan daripada mereka juga bergantung kepada pendapatan daripada perniagaan di gerbang malam ini,” katanya.
Beliau ditemui ketika meninjau operasi Gerbang Malam bersama-sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), peniaga berniaga secara bergilir-gilir kerana bilangan mereka hampir 130 sedangkan bilangan setiap malam dihadkan sekitar 60 orang sahaja.
Bagaimanapun, bagi peniaga, mereka tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada pendapatan walaupun tidak seperti dahulu.
Peniaga, Nurul Asyikin Mustafa berkata, dia tetap teruja untuk berniaga walaupun hari hujan.
“Bersyukur sangat-sangat sebab tiga bulan kami tiada pendapatan, walaupun dalam hujan, kami buka juga.
“Walaupun satu cabaran bagi saya ialah menjual barangan bayi dan kanak-kanak, budak tak boleh datang, saya harap ibu bapa datanglah membeli di gerai kami,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 16 2020
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meninjau operasi Gerbang Malam pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.