awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gilakan gadis 'pose' manja punca insiden tembakan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/02/2015
12:34 MYT
Gilakan gadis 'pose' manja punca insiden tembakan
Polis juga merampas sepucuk pistol sejenis Steyr Mannlicher buatan Australia berusia tiga peluru hidup. - Gambar Astro AWANI
Siapa sangka 'pose' manja boleh menjadi punca pergaduhan? Seorang gadis berusia 23 tahun menjadi rebutan di laman sosial Facebook hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi. Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan. Berang dengan kejadian itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke arah kereta jenis Toyota Avanza milik orang awam serta Perodua Kelisa dinaiki sebahagian anggota kumpulan tujuh orang. “Dua kumpulan itu mengadakan perbincangan untuk merebut perempuan itu. Akibat tidak puas hati, salah seorang daripada kumpulan itu telah melepaskan tembakan ke arah beberapa kereta. “Suspek cuba melepaskan diri selepas kejadian itu tetapi kami berjaya menahannya,” kata Mazlan kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, siang tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Polis juga telah menahan kesemua suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Mazlan berkata, polis juga merampas sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Australia yang berisi tiga peluru hidup. Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok.
Topic Berkaitan
#gadis
#insiden
#manja
#Mazlan Lazim
#pose
#rebutan
#restoran
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan