awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: Empat individu disambung reman tiga hari

Bernama
Bernama
27/09/2024
08:15 MYT
GISB: Empat individu disambung reman tiga hari
Empat individu yang dikaitkan dengan GISB disambung reman selama tiga hari bermula esok. -Bernama
KOTA BHARU: Empat individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, selepas reman mereka berakhir hari ini.

Ringkasan AI
  • Empat individu disambung reman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB selepas reman mereka berakhir hari ini.
  • Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 September terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB, mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan.
  • Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

Permohonan reman dikemukakan polis dan dibenarkan Majistret Rais Imran Hamid di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini.
Terdahulu, kesemua suspek berusia lingkungan 15 hingga 45 tahun itu tiba di kompleks mahkamah berkenaan pada 9.20 pagi dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sebelum ini media melaporkan kesemua empat lelaki warga tempatan itu direman tiga hari bermula 25 Sept lepas.
Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 Sept terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISB.
Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Ikhwan Services and Business
#disambung reman tiga hari
#Op Global
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan