awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka

Bernama
Bernama
21/09/2024
14:12 MYT
GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka
Angtara yang dirampas ialah 138 buku berkaitan Al-Arqam yang diharamkan oleh Fatwa Melaka termasuk Aurad Muhammadiyah, jadual Zikir Aurad Muhammadiyah, dan diari catatan tentang ajaran Al-Arqam. - Foto: PDRM
MELAKA: Sebanyak 285 barangan berkaitan ajaran Al-Arqam, gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994, ditemukan dalam serbuan ke atas 19 premis berkenaan GISB Holdings Sdn Bhd (GSBH) di sekitar Melaka hari ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata antara barangan yang dirampas dalam Op Global bermula 5 pagi dan berakhir 5 petang itu ialah 12 keping gambar pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad yang turut dikenali sebagai Abuya
"Turut dirampas 138 buku berkaitan Al-Arqam yang diharamkan oleh Fatwa Melaka termasuk Aurad Muhammadiyah, jadual Zikir Aurad Muhammadiyah, diari catatan tentang ajaran Al-Arqam dan 33 unit cakera padat berkaitan ajaran Al-Arqam," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata selain itu turut disita tujuh telefon bimbit, sebuah komputer riba, dua set komputer, sebuah cakera keras luaran, sebuah peralatan WiFi dan 87 unit barang-barang lain termasuk serban Al-Arqam.
Seramai 19 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi yang disertai 72 pegawai dan anggota pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) itu.
Selain itu, 11 individu iaitu tiga lelaki dan lapan perempuan, berusia 18 hingga 45 tahun turut ditahan kerana disyaki masih mengamalkan ajaran Al-Arqam.
"Kesemua yang disyaki, ditahan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut manakala kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah, dibawa ke rumah jagaan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gambar abuya
#al-arqam
#buku dirampas
#GISB
#polis
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan