awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
Penyokong Arsenal ‘meroyan’ susulan dua keputusan VAR ketika bertemu United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Israel percepat proses rundingan, tekanan dunia dirasai - KP SNCC

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/10/2025
10:11 MYT
Global Sumud Flotilla: Israel percepat proses rundingan, tekanan dunia dirasai - KP SNCC
Sani Araby Abdul Alim memberikan khabar positif mengenai rundingan dengan Israel dalam sidang media harian di Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Sepang pada Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Keselamatan delegasi Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) untuk pulang ke tanah air sukar dijamin sepenuhnya memandangkan mereka kini berada dalam tahanan Israel yang sukar diduga gerak-gerinya.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim bagaimanapun menegaskan misi kemanusiaan ini dijalankan secara aman tanpa sebarang bentuk kekerasan atau provokasi, demikian itu tiada sebab untuk delegasi GSF menerima layanan kasar.
“Soal jaminan keselamatan ini sukar untuk kita katakan, tetapi apa yang perlu kita tahu misi ini adalah gerakan non-violence.
"Semua di atas kapal itu adalah kumpulan masyarakat sivil dan tidak membawa sebarang senjata,” katanya dalam sidang media harian di Pusat Kawalan Sumud Nusantara, di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, perhatian dunia terhadap situasi flotila memberi tekanan besar kepada Israel untuk mempercepatkan proses rundingan, selain solidariti antarabangsa memainkan peranan menjamin perlindungan delegasi GSF.
“Seluruh dunia sekarang ini bukan saja bangkit, tetapi sedang memerhati setiap tindakan diambil oleh Israel. Atas faktor ini saya lihat Israel mula mempercepatkan rundingan kerana tekanan dunia yang dirasai,” ujarnya.
Dengan tekanan sejagat yang semakin meningkat, di samping usaha diplomatik Malaysia bersama rakan antarabangsa, 23 delegasi negara dijangka dapat pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Sumud Nusantara Tracker
#Sumud Flotilla Tracker
#Sani Araby Abdul Alim
#aktivis kemanusiaan dari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami