awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Goldman Sachs: Ruang tuntut pampasan lebih tinggi jika tidak bercanggah perjanjian - Akhbar Satar

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2020
22:30 MYT
Goldman Sachs: Ruang tuntut pampasan lebih tinggi jika tidak bercanggah perjanjian - Akhbar Satar
Pengakuan bersalah Goldman Sachs Malaysia mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah membabitkan kes skandal kewangan 1MDB, kata Akhbar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pengakuan bersalah Goldman Sachs Malaysia mampu memberi kesan positif terhadap proses mahkamah membabitkan kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, keputusan tersebut boleh memberi ruang kepada pihak pendakwaan untuk mengemukakan tuntutan pampasan yang lebih tinggi.
“Maknanya apabila dia sanggup bayar dan mengaku bersalah di bahagian kita (undang-undang Malaysia) boleh mendesak lagi dan minta bayaran pampasan lebih lagi.
“Hal ini kerana pengakuan bersalah tersebut yang boleh membantu pendakwa raya untuk mendesak wang pampasan lebih tinggi,” ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis malam.
Sementara itu, Akhbar menjelaskan bahawa proses perundangan di Amerika Syarikat membolehkan Goldman Sachs mengelak daripada sabitan.
Bagaimanapun, beliau percaya undang-undang di Malaysia lebih ketat di mana pelaku kesalahan berkenaan masih boleh disabitkan atas jenayah berkenaan jika didapati bersalah berdasarkan Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Foreign Corrupt Practices Act itu adalah undang-undang di AS, tetapi kita di Malaysia ada Seksyen 17(A) dimana tertuduh (pesalah) tidak boleh melarikan diri daripada dikenakan hukuman setimpal.
“Saya pasti undang-undang di negara ini lebih ketat dan efektif,” jelasnya.
BACA: Unit Goldman Sachs mengaku bersalah di AS
Terdahulu, Goldman Sachs Malaysia pada Khamis mengaku bersalah terhadap konspirasi untuk melanggar undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act) di Amerika Syarikat (AS) dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Reuters melaporkan, wakil Goldman Sachs muncul di Mahkamah Persekutuan pagi Khamis (waktu tempatan).
Topic Berkaitan
#Goldman Sachs
#Akhbar Satar
#1MDB
#1Malaysia Development Berhad
#mengaku bersalah
#Amerika Syarikat
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan