Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ikon berkenaan akan dapat memacu mereka agar lebih fokus dalam pencapaian yang diinginkan, sekali gus membantu mencipta kejayaan selaras dengan hasrat TN50.
"Seperti hari ini, belia-belia di Besut, diberikan gambaran seorang anak muda atau ikon bernama Firdaus Imtiaz yang mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"Beliau digambarkan bukan sahaja seorang Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat multinasional, tetapi seorang hafiz Al-Quran, dermawan, penyayang dan mempunyai kelayakan akademik cemerlang di universiti terkemuka dunia, Harvard University di Amerika Syarikat.
"Gambaran seorang ikon seperti ini mudah melekat pada minda generasi muda dan ia antara inisiatif membantu mereka untuk lebih fokus dan hala tuju yang tepat dalam meraih kejayaan dalam apa jua bidang diceburi," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas sesi Dialog TN50 peringkat Besut bertajuk 'Firasat Firdaus Imtiaz' di sini pada Sabtu.
BACA: Ketepikan perbezaan demi TN50 - TPM Zahid
TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas, adalah untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun selepas 2020, dan setakat ini, sesi jelajahnya telah diadakan di Sabah dan Terengganu.
Objektifnya adalah mewujudkan platform dan mengumpul idea serta pandangan golongan belia dan ulama muda dalam sesi 'townhall' bagi merancang dan menggerakkan pembangunan TN50.
Seorang peserta sesi dialog, Mohd Fahamie Hussin, 27, berkata walaupun karakter Firdaus Imtiaz hanya gambaran, namun kualiti dan pencapaiannya dalam akademik dan seorang huffaz tidak mustahil dicapai golongan belia masa kini.
"Saya percaya jika belia di negara ini lebih fokus dan konsisten dengan setiap matlamat ingin dicapai, ditambah dengan pelan tindakan efektif, saya pasti aspirasi TN50 untuk menjadikan masyarakat kita antara terbaik di dunia akan tercapai," katanya.
Idris yang juga anggota Parlimen Besut pada sesi dialog tersebut, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 peringkat kebangsaan, Siti Zubaidah Ismail.
Siti Zubaidah, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, seorang anak penoreh getah, memperoleh keputusan 4A atau 4.0 pada peperiksaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2017
IDRIS: Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam merealisasikan TN50. - Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
'Kanak-kanak bantu ibu bapa bekerja bukan buruh paksa' - Pengerusi Felda
Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.
Idris Jusoh dilantik Pengerusi FELDA
Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengerusi Lembaga Pengarah FELDA yang berkuatkuasa pada 1 Mei lalu.
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Pekasam Opah Aishah kini dikenali ramai
Pengusaha ikan pekasam, Aishah Ahmad, 70, komited mengikuti kursus pelabelan di Kolej Komuniti Lenggong.
KPT komited tingkatkan peranan wanita dalam pendidikan tinggi
Menerusi sektor pekerjaan, wanita kini diberi lebih banyak peluang untuk terus aktif dalam Industri Revolusi 4.0.
KPT ucap tahniah, bangga dengan pencapaian universiti tempatan
Bagi tahun 2018, kedudukan UM di tangga ke-46, UTAR meningkat kepada 99 dan UTP kepada 114.
UM hampiri sasaran tempatkan diri di kelompok 100 universiti terbaik dunia
Mengikut kedudukan terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini, Universiti Malaya menduduki tangga ke-114 terbaik dunia ketika ini.
Golongan belia perlu ikon capai aspirasi TN50 - Idris Jusoh
Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.