awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi

Bernama
Bernama
02/03/2024
10:00 MYT
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bercakap mengenai Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pemerkasaan dan pengupayaan golongan Bumiputera hanya akan berjaya sekiranya mereka berjaya memiliki dan menguasai ekonomi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan usahawan Bumiputera yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing untuk menjadi pemodal kepada syarikat pemula niaga milik Bumiputera.
"Kelas pertengahan dan profesional bumiputera di negara ini amat besar, ini boleh membuka ruang kepada mereka untuk menukar fungsi sebagai pemodal bagi syarikat pemula niaga," katanya semasa sesi Fireside Chat: Aspirasi Masa Hadapan Bumiputera sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, di sini, hari ini.
Beliau juga menyarankan syarikat pemodal swasta untuk menanam modal dalam syarikat pemula niaga Bumiputera baharu yang ingin memulakan perniagaan.
Sementara itu Rafizi berkata sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti oleh Bumiputera yang masih belum dicapai tidak menggambarkan pencapaian sebenar golongan tersebut.
"Jika kita lihat dari perspektif yang lebih luas, pencapaian Bumiputera cukup mengagumkan.
"Bagaimanapun, ini tidak ditunjukkan dalam bahagian ekuiti kerana syarikat berkaitan kerajaan dikendalikan oleh bumiputera tetapi mereka tidak disenaraikan secara persendirian," katanya.
Pada September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilikan ekuiti oleh Bumiputera di negara ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan selepas 50 tahun.
Sehubungan itu, Anwar berkata kerajaan akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi kumpulan itu supaya lebih bermakna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Kongres Ekonomi Bumiputera
#KEB 2024
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan