awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golongan tidak mampu boleh kemuka rayuan kurangkan kompaun - Takiyuddin

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/03/2021
07:09 MYT
Golongan tidak mampu boleh kemuka rayuan kurangkan kompaun - Takiyuddin
Kata Takiyuddin, rayuan boleh dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan menerusi beberapa saluran yang disediakan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Mereka yang berhadapan masalah untuk melunaskan bayaran kompaun kerana ingkar SOP, boleh mengemukakan rayuan menerusi beberapa saluran.
Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mereka perlu menyertakan rayuan itu dengan dokumen pengesahan berkaitan.
"Rayuan boleh dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan menerusi beberapa saluran yang disediakan.
"Sebagai contoh di Labuan, rayuan boleh dibuat kepada tiga kategori pegawai iaitu pengarah kesihatan negeri, timbalan pengarah kesihatan negeri (bahagian kesihatan awam) dan pegawai kesihatan epidomologi.
"Di Semenanjung, dia boleh buat rayuan kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai Kesihatan Epidomologi daerah," katanya sambil memaklumkan hal ini juga terpakai untuk Sabah dan Sarawak.
Tak mampu nak bayar? Golongan OKU dan rakyat miskin boleh buat rayuan
Bagaimanapun semua rayuan perlu disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan.
"Kalau dia penerima bantuan JKM, kena kemukakan kad JKM. Atau dia seorang OKU, perlu kemukakan dokumen pengesahan dan jika dia penghidap penyakit kronik, perlu ada pengesahan daripada doktor," ujarnya.
Borang rayuan untuk pengurangan kompaun boleh didapati di laman web KKM.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Kementerian Kesihatan
#SOP
#kompaun
#rayuan
#golongan kurang berkemampuan
#rayuan kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan