awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google perkenal sokongan carian dengan integrasi generatif untuk pengguna Malaysia

Amanz
Amanz
09/11/2023
04:12 MYT
Google perkenal sokongan carian dengan integrasi generatif untuk pengguna Malaysia
Ia menggunakan sokongan AI berasaskan generatif dalam memberikan jawapan kepada apa yang dicari oleh pengguna. -Amanz
GOOGLE sebelum ini telah memperkenalkan sokongan carian serba baharu dinamakan SGE atau Search Generative Experience.
Melaluinya, ia menggunakan sokongan AI berasaskan generatif dalam memberikan jawapan kepada apa yang dicari oleh pengguna.
Selepas mengehadkan penawaran berkenaan untuk beberapa buah negara sahaja, hari ini Google memperluaskan penawaran berkenaan ke lebih 120 buah negara, termasuk Malaysia.
Bagi pengguna tempatan, anda boleh mengaktifkan sokongan SGE ini melalui Google Labs hari ini, dan seterusnya menggunakan ia dalam mendapatkan pelbagai informasi dengan mudah melalui ciri generatif.
Google menyatakan penggunaan ini mengambil konteks daripada pelbagai laman web, sekali gus memberikan maklumat yang lebih baik untuk carian pengguna.
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke Google Labs, dan seterusnya mengaktifkan ujian pada bahagian Google Search.
Sama-sama kita nantikan bagaimana pengenalan ini bakal mengubah kaedah kita sebagai pengguna melakukan carian, dan impaknya kepada pelbagai pembangun web seluruh dunia. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Search Generative Experience
#SGE
#sokongan AI berasaskan generatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan