KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit 4.98 berbanding dolar Amerika Syarikat, yang sedang tersebar menerusi media sosial.
BNM dalam satu kenyataan berkata, Google salah menerbitkan maklumat berkenaan pada 15 Mac, dan ia tidak mencerminkan dagangan sebenar.
Jelas bank pusat itu, kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi semalam, dan 4.7045 pada pukul 5 petang.
Kadar intrahari juga tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.
"Sepanjang dua minggu yang lalu(1 hingga 15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar AS.
"Insiden ini merupakan kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada tahun 2024," kata BNM dalam kenyataan tersebut.
Justeru, BNM berkata pihaknya telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari lalu.
Susulan insiden salah lapor yang kedua, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca berlakunya pelaporan yang tidak tepat berlaku.
"... dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini telah menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan yang lalu," tambah BNM lagi.
BNM dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar merujuk data rasmi dan mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 16 2024
BNM dalam satu kenyataan berkata, Google salah menerbitkan maklumat berkenaan pada 15 Mac, dan ia tidak tepat serta tidak mencerminkan dagangan sebenar.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Jangan kongsi maklumat tidak tepat ringgit cecah RM4.98 - Fahmi
Orang ramai diingat supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin, kata penganalisis.
Nilai ringgit dijangka lebih baik susulan pembaharuan struktur berterusan kerajaan - Ahli ekonomi
Turun naik mata wang terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.