awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gopal Sri Ram meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
05:00 MYT
Gopal Sri Ram meninggal dunia
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini. - Gambar arkib
KUALA LUMPUR : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini.
Mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum ini dimasukkkan ke hospital dua minggu lalu dipercayai kerana jangkitan paru-paru.
Sri Ram, 79 tahun merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mendiang juga merupakan pendakwa utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.
Pada 23 November tahun lalu, ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.
Selepas mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, di Kuala Lumpur, Sri Ram melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan dan berkelayakan sebagai peguam di Lincoln's Inn, London.
Topic Berkaitan
#Gopal Sri Ram
#meninggal dunia
#1MDB
#Timbalan Pendakwa Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan