Polis Johor menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan gores dan menang yang mensasarkan warga Singapura.

Sindiket yang telah beroperasi selama lima bulan meyakinkan mangsa mereka menang peraduan sebelum diminta membuat bayaran.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohtar Mohd Shariff berkata mangsa kemudian akan dibawa ke pejabat dan diminta untuk menjelaskan sejumlah wang bagi pembayaran cukai khidmat kerajaan, bagi membuka satu lagi cabutan yang terdapat dalam kad yang sama.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.