awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab Malaysia harap RUU Pekerja Gig seimbang, fleksibel

Bernama
Bernama
21/08/2025
15:08 MYT
Grab Malaysia harap RUU Pekerja Gig seimbang, fleksibel
Grab Malaysia mencadangkan agar RUU berkenaan digubal berlandaskan tiga prinsip iaitu fleksibiliti, keseimbangan dan inovasi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Grab Malaysia berharap Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig digubal dengan peraturan yang sesuai dan mencerminkan realiti pekerjaan gig, bukan dibuat secara tergesa-gesa, agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.
Grab Malaysia mencadangkan agar RUU berkenaan digubal berlandaskan tiga prinsip iaitu fleksibiliti, keseimbangan dan inovasi.
"Kami kekal komited terhadap usaha kerjasama bagi memastikan peraturan digubal dengan teliti untuk mencerminkan realiti pekerjaan gig, dengan mengutamakan peraturan yang baik dan bukannya tergesa-gesa demi manfaat semua pihak berkepentingan," menurut Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini.
Grab Malaysia menyokong peraturan yang dapat melindungi fleksibiliti pekerja serta peluang pendapatan ditawarkan ekonomi gig, namun mengingatkan bahawa pengawalseliaan berlebihan boleh mengekang inovasi, menjejaskan operasi dan mengurangkan peluang gig khususnya bagi pemain kecil yang berdepan kos pematuhan tinggi.
Menurut Grab, RUU berkenaan perlu mengandungi peruntukan jelas, adil dan inklusif kerana ketidakselarasan dasar boleh membawa kepada pelaksanaan lemah, sekali gus menjejaskan golongan yang sepatutnya dilindungi.
"Kajian impan peraturan yang menyeluruh serta pelaksanaan dasar secara berperingkat penting bagi mengelakkan kesan tidak diingini seperti peningkatan kos kepada pengguna atau pengurangan pendapatan pekerja gig," menurut kenyataan itu.
Grab turut menekankan kepentingan inovasi dan kerjasama bagi memastikan pendekatan lebih berfakta dan berasaskan data dapat dilaksanakan, sekali gus menjamin peraturan di bawah rang undang-undang yang dicadangkan itu memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.
Pada masa sama, Grab menyatakan kerjasama lebih erat antara penggubal dasar, penyedia platform dan pekerja gig amat penting bagi membina daya tahan jangka panjang, di samping memastikan kerangka undang-undang bersifat adil serta inklusif untuk semua jenis pekerjaan gig, dan bukan hanya tertumpu kepada kerja berasaskan platform semata-mata.
"Melalui kerjasama, kami berhasrat membangunkan bersama satu kerangka yang bukan sahaja melindungi pekerja gig tetapi juga memacu inovasi serta pertumbuhan inklusif untuk tahun-tahun akan datang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grab Malaysia
#RUU
#pekerja gig
#manfaat
#keseimbangan
#inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan