awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan nikah, konvokesyen hari sama

Bernama
Bernama
28/03/2022
00:18 MYT
Graduan nikah, konvokesyen hari sama
Ameerul Hakim bersama isterinya Nur Izzatul berkongsi kegembiraan selepas menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen UniSZA Ke-13 di Kuala Nerus, 27 Mac 2022. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Pagi bernikah, petang konvokesyen. Seorang siswazah meraikan kegembiraan berganda apabila dua majlis penting dalam hidupnya, iaitu akad nikah dan konvokesyen, berlangsung pada hari yang sama semalam.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi @ Ahmad Fauzi, 27, berkata dia dan pasangan, Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, pada awalnya dijadualkan bernikah Mei ini.
"Namun disebabkan kekangan kerja isteri yang agak padat, tarikh tersebut telah dipercepatkan pada hari ini dan majlis sudah ditetapkan di sebuah hotel pada 10.30 pagi.
"Saya hanya tahu mengenai konvokesyen ini bulan lepas, jadi mustahil untuk saya tunda atau percepat tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu," katanya kepada pemberita di UnisZA di sini, semalam.
Katanya, dia pada awalnya sangat terkilan dan sedih kerana terpaksa membuat keputusan untuk tidak hadir pada majlis konvokesyen dan menganggapnya sebagai tiada rezeki.
"Namun, sebaik sahaja saya maklumkan kepada UniSZA saya tidak dapat hadir konvokesyen kerana ada majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk saya hadir pada sesi petang hari ini," katanya.
Walaupun kepenatan, Ameerul Hakim berkata dia sangat teruja dan seronok kerana masih berpeluang meraikan dua majlis penting itu bersama rakan-rakan serta isteri tersayang, yang menurutnya akan menjadi memori paling manis untuk dikenang.
Seramai 3,238 siswazah UniSZA diraikan dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-13 UniSZA, yang berlangsung bermula semalam hingga Rabu di kampus Gong Badak, di sini.
Seramai 107 graduan dianugerahkan Doktor Falsafah, 84 graduan dianugerahkan Sarjana Sains dan Sarjana Sastera, seramai 1,753 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 1,152 graduan menerima diploma dalam konvensyen kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konvokesyen
#Pengantin
#Universiti Sultan Zainal Abidin
#nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan