KUALA NERUS: Hanya mesej yang mengandungi kata-kata semangat di telefon bimbit menemani graduan Ijazah Kedoktoran dari Palestin, Hanan Kamel Mohammed Saad, 51, naik ke pentas menerima skrol di majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kali ke-15, di sini hari ini.
Ibu, bapa serta ahli keluarga Hanan Kamel tidak dapat hadir menyaksikan majlis konvokesyennya disebabkan konflik yang melanda negaranya ketika ini.
Walaupun sedih kerana tidak dapat meraikan kejayaannya bersama mereka yang tercinta, namun Graduan Fakulti Sains Kesihatan itu tetap bersyukur kerana keluarganya tetap "hadir" mengucapkan tahniah dan mendoakan keselamatannya di Malaysia melalui pesanan yang dihantar menerusi telefon.
"Kali terakhir saya berhubung dengan keluarga adalah pada semalam melalui Facebook dan Instagram. Kami tidak dapat berhubung dengan kerap kerana talian Internet di sana sangat lemah. Mereka juga terpaksa mengehadkan perbualan kerana terpaksa sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga.
Buat masa ini, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasrat untuk kembali berbakti di Palestin dan akan mencari kerja di Malaysia. Harapan saya semoga dapat bertemu semula dengan keluarga suatu hari nanti," katanya yang memiliki 12 orang adik-beradik ketika ditemui di UNiSZA, di sini.
Bagaimanapun, Hanan Kamel bersyukur kerana semua anggota keluarganya masih selamat walaupun terpaksa menumpang di rumah jiran dan saudara-mara yang lain setelah kediaman mereka terkesan dengan perang Israel-Palestin itu.
Sementara itu, seorang lagi graduan doktor falsafah dari bumi Palestin, Saber T R Syouri, 50, malangnya terpaksa melupakan hasrat menghadiri majlis konvokesyen yang bersejarah itu setelah terperangkap dalam situasi yang berbahaya di Tebing Barat ketika ini.
Menerusi sebuah tayangan video yang disiarkan pada majlis tersebut, beliau turut berkongsi berita duka kehilangan beberapa anggota keluarganya termasuk anak lelaki dan anak perempuannya dalam konflik terbaharu yang bermula pada 7 Okt lepas itu.
"Terima kasih kepada Terengganu dan UniSZA. Saya minta maaf kerana tak dapat menghadiri konvokesyen kerana situasi yang amat berbahaya pada masa sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Graduan warga Palestin, Hanan Kamel Mohammed Saad menunjukkan sijil yang diterima pada Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin Ke-15 hari ini. - Bernama
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
'Minta maaf tak dapat hadir konvokesyen, situasi di Palestin amat bahaya'
Hasrat seorang graduan Palestin untuk menerima skrol PhD tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat menghadiri majlis konvokesyennya di UniSZA.