KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor hari ini mengesahkan gabungan itu kini secara rasminya berdaftar sebagai sebuah badan politik.
Jelas Hajiji pihaknya sudah menerima sijil kelulusan pendaftaran bagi gabungan itu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat lalu.
"Pendaftaran ini dibuat sebagai menyambut permintaan rakyat yang ingin melihat GRS bergerak sebagai satu entiti politik yang sah dan rasmi selaku badan gabungan parti-parti yang ada di Sabah.
"Hasrat kita ialah untuk melihat negeri Sabah terus makmur dengan perpaduan serta kestabilan yang dapat mendorong agenda pembangunan," ujarnya
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu pada Ahad.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah turut menyeru rakyat negeri itu untuk bersatu dengan mengenepikan sengketa politik demi kemakmuran Sabah.
"Tiada masa yang sesuai selain sekarang. Marilah kita hapuskan politik negatif dan remeh-temeh.
"Berbekalkan sumber serta kekuatan, sama-sama kita junjung mandat diberikan rakyat untuk kemakmuran negeri Sabah," tegasnya.
BACA: GRS bakal didaftarkan - Hajiji
Alexion Mairin
Sun Mar 13 2022
Jelas Hajiji, pendaftaran dibuat sebagai menyambut permintaan rakyat yang ingin melihat GRS bergerak sebagai satu entiti politik yang sah. - Foto Bernama
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
'Tunggu PRN berikutnya untuk ambil alih Kerajaan Sabah' - GRS
Pihak yang berhasrat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah perlu menunggu Pilihan Raya Negeri akan datang bagi menentukan sama ada mereka mempunyai sokongan rakyat atau sebaliknya.
Warisan sedia kerjasama dengan parti politik lain, termasuk GRS dan UMNO - Shafie Apdal
Warisan tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan UMNO.
GRS kini sebuah gabungan politik yang sah - Hajiji
Jelas Hajiji pihaknya sudah menerima sijil kelulusan pendaftaran bagi gabungan itu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Jumaat lalu.
Contohi GPS, Hajiji perlu daftar GRS sebagai entiti politik rasmi- Joniston
Keputusan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Hajiji Noor untuk mendaftarkan gabungan itu mendapat reaksi positif.
Warisan patut dengar nasihat saya mengenai hak minyak dan gas - Masing
Masing menegur Warisan kerana tidak mengikut langkah Sarawak menuntut hasil SST lima peratus daripada Petronas.