awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GRS bakal didaftarkan - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/02/2022
06:17 MYT
GRS bakal didaftarkan - Hajiji
Hajiji (kanan) menyantuni mangsa kebakaran rumah Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, pada Sabtu.
KUDAT: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal didaftarkan dalam memastikan kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri terus dapat dimantapkan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, perkara itu juga merupakan kemahuan di antara parti-parti gabungan berkenaan di negeri ini.
Bagaimanapun Hajiji tidak memberi perincian bila pendaftaran GRS akan dilakukan.
“Insya-Allah GRS akan kita daftarkan, kerana inilah kemahuan parti-parti gabungan ini. Kita mesti ada satu gabungan parti yang rasmi, jadi dengan gabungan ini maka akan bertambah mantap kerjasama di antara parti-parti yang mendokong kerajaan negeri sekarang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni dan menyerahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang di Dewan Tun Mustapha, pada Sabtu.
Untuk rekod, GRS terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN-16) Sabah pada tahun 2020 dengan melibatkan beberapa parti termasuklah gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Sementara itu, mengulas mengenai hasrat Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang dipimpin Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, Hajiji amat mengalu-alukan perkara tersebut.
Bagaimanapun jelasnya, sebarang keputusan mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada parti-parti pemerintah yang sedia ada terlebih dahulu.
“Jadi mengenai hasrat parti yang dipimpin oleh Datuk Peter Anthony untuk menyertai atau menyokong GRS, kita amat mengalu-alukan. Inilah tujuan kita untuk satu kestabilan politik di negeri Sabah supaya kita dapat fokus untuk membangunkan negeri Sabah.
“Kita baru sahaja diberi mandat untuk memerintah negeri Sabah dan kita lebih kurang empat tahun lagi jadi usaha kita patut ditumpukan kepada pembangunan, ekonomi dan rakyat kita.
“Jadi, kita mengalu-alukan, tetapi apa pun kita mempunyai gabungan parti-parti lain yang mana apa pun kita lakukan atau putuskan, mestilah mendapat sokongan dan dokongan daripada semua rakan-rakan,” katanya lagi.
Peter yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) terdahulu bertindak keluar daripada parti berkenaan pada Disember tahun lalu sebelum menyatakan hasrat menubuhkan parti baharu pro GRS.
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#GRS bakal didaftarkan
#Peter sokong GRS
#pembangunan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan