MALAYSIA
GSF: Wisma Putra sahkan semua peserta flotila selamat, dijangka dihantar pulang melalui negara ketiga

Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat.
. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat.
Ringkasan AI
- Kementerian Luar sahkan semua 15 rakyat Malaysia ditahan Israel dalam misi GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
- Menteri Luar Mohamad Hasan arah perwakilan Malaysia di Amman dan Kaherah dapatkan kerjasama kedutaan ASEAN di Tel Aviv.
- Kerajaan tegas penahanan itu tidak sah, tuntut rakyat Malaysia dibebaskan segera selaras undang-undang antarabangsa.
"Kementerian ini akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan selamat mereka ke Malaysia.
"Kerajaan Malaysia akan terus komited menjaga keselamatan rakyat Malaysia di luar negara," katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.
Kementerian itu turut memaklumkan, kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF khususnya 15 rakyat Malaysia yang telah ditahan rejim Zionis.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad telah berhubung dengan beberapa pemimpin dan rakan sejawat negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam hal ini.
"Kerajaan turut menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera," kata kementerian itu.
"Kerajaan turut menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera," kata kementerian itu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami