MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Oktober 2025.
Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima buah kapal yang dinaiki mereka dipercayai telah dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
"Bebaskan mereka segera! Kita akan lakukan apa sahaja terbaik untuk aktivis Malaysia" - PM Anwar
2. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak akan berdiam diri susulan tindakan rejim Zionis Israel yang memintas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) serta menahan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan, termasuk warganegara Malaysia.
Laungan Daulat Tuanku! berserta sepanduk terterta ucapan tahniah dan Selamat Pengantin Baharu mengiringi perarakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pernikahan Diraja yang berlangsung di sini, hari ini.
Notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Presiden Parti Warisan itu berkaitan kenyataannya mengenai inkues yang sedang dijalankan mengenai kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
5. Tiga lagi rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel, jumlah 15 setakat ini - SNCC
5. Tiga lagi rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel, jumlah 15 setakat ini - SNCC
Tiga lagi sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza semasa kapal dinaiki mereka dipintas pada 3.39 petang tadi.
6. Anwar gesa Rubio, pemimpin dunia campur tangan pastikan pembebasan peserta GSF
6. Anwar gesa Rubio, pemimpin dunia campur tangan pastikan pembebasan peserta GSF
Beliau menghubungi Setiausaha Negara AS, Presiden Turkiye, PM Qatar dan Presiden Mesir bagi mendesak pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi GSF.
Kementerian Luar mengesahkan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan Israel dalam pelayaran menuju ke Gaza menerusi misi Global Sumud Flotilla (GSF) dalam keadaan selamat dan sihat.
Kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan pada jam 4.24 petang waktu Malaysia, kata Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery.
Ultras Malaya berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sebagai tanda solidariti kepada sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF).
Kerajaan akan mewujudkan Sovereign AI Cloud bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong perkhidmatan kerajaan serta pembangunan digital negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami