awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2024
11:40 MYT
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Ka Siong menunjukkan buku Tinjauan Fiskal 2024 yang menyenaraikan perbandingan sistem percukaian GST dan SST.
SHAH ALAM: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berdasarkan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan (Tinjauan Fiskal 2024) yang diterbitkan Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan Madani.
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tinjauan yang dibuat itu menunjukkan GST menjadi satu sistem percukaian yang lebih efektif berbanding SST yang diguna pakai ketika ini.
Bagaimanapun, beliau hairan mengapa kerajaan tidak melaksanakan GST walaupun ia didapati lebih baik dan membawa manfaat kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
“Saya merayu sangat kepada kerajaan supaya fikir-fikirkanlah, ini demi kebaikan rakyat. Buatlah sesuatu yang betul, ini bukan soal air muka. Lupakan kisah lama dan ‘move on’.
“Kalau laporan rasmi kerajaan iaitu Tinjauan Fiskal 2024 telah memperihalkan bahawa GST jauh lebih efektif dan berkesan berbanding SST serta dianggap tiada tolok bandingnya, kita sepatutnya cakap serupa bikin,” kata beliau menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya pada Sabtu.
Melalui video berdurasi 5 minit 38 saat itu, Presiden MCA berkenaan berkongsi rumusan lima perbandingan antara SST dan GST yang terkandung dalam buku laporan tersebut.
Ka Siong menjelaskan, dari segi kadar cukainya, GST mengenakan kadar standard enam peratus manakala bagi SST, 10 peratus dikenakan ke atas jualan dan enam hingga lapan peratus lagi ke atas perkhidmatan.
Menurutnya, untuk SST juga kesan berganda berlaku apabila elemen cukai menjadi sebahagian daripada kos pada setiap peringkat dalam rantaian bekalan sementara GST tidak memberi kesan berganda kerana cukai ke atas input boleh dituntut dan bukan menjadi sebahagian daripada kos.
“SST didapati kurang telus kepada pengguna kerana cukai boleh dimasukkan ke dalam harga barangan dan perkhidmatan. Tetapi bagi GST, ia lebih telus kepada pengguna kerana cukai ditunjukkan dengan jelas dalam harga barangan serta perkhidmatan akhir.
“Selain itu, mekanisme SST boleh menyumbang kepada isu ketidakpatuhan seterusnya menggalakkan pelarian cukai. Mekanisme GST pula adalah telus dan boleh mengurangkan kes lari daripada cukai. Semua perbandingan ini juga menunjukkan GST lebih memanfaatkan ekonomi daripada SST,” ujarnya.
Tambah beliau, dahulu SST dikatakan tidak membebankan rakyat kerana skopnya tidak menyeluruh seperti GST.
“Namun sejak kebelakangan ini skop barangan dan perkhidmatan di bawah SST ini semakin bertambah dan diperluaskan.
“Ia sehingga bekas Menteri Kewangan dari DAP (Lim Guan Eng) yang nak sangat mansuhkan GST sendiri pun mengakui bahawa SST semakin membebankan dan minta kaji semula kenaikan kadarnya. Rakyat pula semakin tersepit dengan kenaikan harga barang akibat kesan berganda,” tegasnya.
Malahan, Ka Siong menegaskan, kerajaan tidak perlu memperkenalkan invois elektronik atau e-invois untuk mengelakkan berlaku kes lari daripada cukai.
Katanya, ia kerana di bawah GST ada elemen cukai input dan untuk tuntutan cukai input itu, peniaga atau pengusaha hanya perlu mengemukakan semua dokumen transaksi dengan jelas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#GST
#Wee Ka Siong
#Kerajaan Perpaduan
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan