awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GTP tahun lalu catat kejayaan

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2013
15:18 MYT
GTP tahun lalu catat kejayaan
Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan bagi kesemua tujuh bidang keberhasilan utama negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 menjadi wadah kepada asas bagi transformasi dan inovasi lebih besar untuk satu dekad setengah akan datang. Jelasnya, ia telah menjana keberhasilan yang ketara sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan pada nilai terbaik. Tujuh bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang menjadi tonggak GTP antaranya mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar. Ia juga meliputi peningkatan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, pengangkutan awam bandar dan menangani kos sara hidup rakyat. Najib berkata perubahan itu ialah yang dituntut oleh rakyat selain pendorong kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan. Sementara itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan diteruskan sebagai program tahunan. Najib menjelaskan, kerajaan sedar bantuan berkenaan memberi manfaat besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah. "Salah satu contoh terbaik iltizam ini ialah BR1M 1 dan 2 yang kerajaan berikan telah sampai langsung ke tangan rakyat. Ia satu inisiatif yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang pendapatan rendah. Sehubungan itu saya umumkan kerajaan akan jadikan BR1M sebagai inisiatif tahunan,” beliau berkata.
Topic Berkaitan
#BR1M
#gtp
#najib
#NKRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan