awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran

Bernama
Bernama
28/03/2021
20:22 MYT
Gua Matsoorat: FINAS akan kaji semula pengeluaran lesen penggambaran
Zakaria berkata penilaian semula SPP akan dilakukan sekiranya pihak produksi ingin melakukan penggambaran di lokasi yang mempunyai khazanah negara bagi memastikan perkara itu tidak berulang. - BERNAMA
IPOH: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan menilai semula pengeluaran lesen Surat Perakuan Penggambaran (SPP) ekoran dakwaan berlaku kerosakan pada fosil berusia jutaan tahun selepas sebuah syarikat produksi mengadakan penggambaran di Gua Matsoorat baru-baru ini.
Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid berkata penilaian semula SPP akan dilakukan sekiranya pihak produksi ingin melakukan penggambaran di lokasi yang mempunyai khazanah negara bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
"Saya telah menyarankan bahagian penguatkuasaan FINAS untuk menilai semua SPP yang telah kita keluarkan. Kita kena lihat kawasan mana yang mereka ingin melakukan penggambaran.
"Kalau kawasan itu kawasan sensitif dari segi khazanah negara seperti khazanah prasejarah dan sebagainya, kita seharusnya menilai semula pengeluaran lesen SPP untuk memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik di Dewan Bandaran Ipoh anjuran bersama Luncai Emas Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh, FINAS dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) di sini pada Ahad.
Dakwaan berhubung kerosakan itu tular di laman sosial selepas penggambaran sebuah drama popular selain kru produksi dikatakan membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa keping gambar menunjukkan antara lain ukiran nama tajuk drama terbabit pada dinding gua.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata pihaknya turut berasa kecewa dengan insiden pencerobohan yang berlaku dan akan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil selepas mendapat laporan penuh berhubung perkara itu.
Beliau berkata FINAS masih menjalankan siasatan dan sedang menunggu laporan penuh daripada pihak produksi bagi mendapatkan penjelasan.
"Saya juga diminta oleh pihak menteri untuk mendapatkan cerita sebenar berkaitan perkara ini. Ini merupakan satu pencerobohan khazanah negara yang mana sepatutnya kru produksi harus berhati-hati," katanya.
Terdahulu, Zakaria meninjau Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik yang merupakan sebuah program pembangunan insan oleh FINAS bagi memberi pendedahan serta idea kepada peserta terutama anak muda mengenai cara pembikinan video muzik, penerbitan, penyuntingan dan kepentingan hak cipta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#Gua Matsoorat
#SPP
#Surat Perakuan Penggambaran
#syarikat produksi
#khazanah negara
#bahagian penguatkuasaan FINAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan