awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng berdepan tindakan jika enggan mohon maaf - SPRM

Bernama
Bernama
27/08/2017
01:05 MYT
Guan Eng berdepan tindakan jika enggan mohon maaf - SPRM
Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan. -Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini berikutan kenyataannya yang menyifatkan tindakan menahan exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai 'penahanan haram', kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.
Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.
"Sebagaimana saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.
"Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersifat sivil atau jenayah," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, hari ini.
SPRM, dalam kenyataannya semalam, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarkan atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai 'penahanan haram' adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan nama baik serta mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#penahanan haram
#permohonan maaf
#Phee Boon Poh
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan