awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng didakwa atas dua lagi pertuduhan

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2020
03:20 MYT
Guan Eng didakwa atas dua lagi pertuduhan
Guan Eng akan didakwa atas dua lagi pertuduhan berkaitan tanah di Mahkamah Sesyen Butterworth Jumaat ini. -Gambar fail
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Butterwoth, Jumaat ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin berkata Guan Eng akan berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Mengikut seksyen tersebut, Ahli Parlimen Bagan itu boleh dihukum tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun penjara, serta sebatan selain denda jika sabit kesalahan.
Seksyen 403 Kanun Keseksaan adalah berkaitan penyelewengan harta.
Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini pada sebutan semula kes meminta rasuah Setiausaha Agung DAP itu.
Sebelum ini, pada 7 Ogos lalu, Guan Eng didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM1 juta.
Tiga hari kemudian, Guan Eng sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan menerima rasuah RM3.3 juta berkaitan projek sama.
Topic Berkaitan
#berkaitan tanah
#dua lagi pertuduhan
#Lim Guan Eng
#Mahkamah Sesyen
#Timbalan Pendakwa Raya
#Wan Shaharudin Wan Ladin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan