awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM laksana rombak, rawat tatakelola pengurusan dan pentadbiran
Jumlah bantuan SARA, STR perlu diselaras dengan kos sara hidup setiap daerah - Penganalisis
Polis tahan empat warga Iran disyaki geng pukau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng persoal bagaimana Utusan boleh tahu awal pindaan laporan 1MDB

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
26/11/2018
04:38 MYT
Guan Eng persoal bagaimana Utusan boleh tahu awal pindaan laporan 1MDB
Beliau mengakui terkejut apabila membaca laporan akhbar milik UMNO yang hanya memetik sumber mengenai isu tersebut. - Foto fail Bernama
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan bagaimana Utusan Malaysia boleh melaporkan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) lebih awal sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.
Beliau mengakui terkejut apabila membaca laporan akhbar milik UMNO yang hanya memetik sumber mengenai isu tersebut.
“Saya terkejut macam mana Utusan boleh tahu. Adakah utusan akan ditanya macam mana Utusan boleh tahu kenapa tak persoalkan Utusan wajar ke tak wajar keluar kenyataan jauh lebih awal,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Bagaimanapun Utusan Malaysia pada Jumaat lalu telah mengeluarkan laporan secara terperinci mengenai pindaan 1MDB bagi mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho low atas arahan bekas perdana menteri itu sendiri.
Madihah dalam kenyataannya mendakwa arahan pindaaan tersebut berlaku dalam satu mesyuarat dengan melibatkan bekas Ketua Setiausaha Sulit, Tan Sri Shukry Salleh dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ali Hamsa
#Ambrin Buang
#Lim Guan Eng
#Madinah Mohamad
#Malaysia Baharu
#Najib Razak
#Shukry Salleh
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan