awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guan Eng saran pertimbang semula cadangan berkaitan SST

Bernama
Bernama
18/10/2023
06:34 MYT
Guan Eng saran pertimbang semula cadangan berkaitan SST
Lim berkata pengenalan cukai baharu di tengah-tengah cabaran ekonomi dan pergolakan geopolitik dunia berupaya mempengaruhi pertumbuhan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk mempertimbangkan dan menangguhkan cadangan berkenaan cukai (jualan dan) perkhidmatan (SST) buat masa ini berikutan dikhuatiri akan memberi kesan kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng.
"Kalau kita kata logistik, ini akan memberi kesan besar," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat berkata kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar SST kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus dan ini tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
Lim berkata pengenalan cukai baharu di tengah-tengah cabaran ekonomi dan pergolakan geopolitik dunia juga berupaya mempengaruhi pertumbuhan negara, khususnya cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.
Pengumuman itu telah menimbulkan kebimbangan bahawa cukai ini akan diperluas kepada semua syarikat di Bursa Malaysia pada masa akan datang, katanya.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#SST
#Lim Guan Eng
#kaji semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan