Kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa melakukan perkara yang betul dan bercakap benar kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Merujuk langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuat kuasa hari ini yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula, Najib berkata langkah itu sebenarnya baik, memandangkan subsidi gula adalah membazir dan usaha untuk merasionalkan subsidi adalah penting untuk negara.
Rakyat Malaysia perlu belajar untuk mengurangkan pengambilan gula demi kesihatan mereka, katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2013 Parti Gerakan di Menara PGRM hari ini.
"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri.
"Ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan kita mesti terus memberitahu rakyat perkara yang betul dan benar. Akhirnya, mereka akan menerima," katanya.
Ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam, Najib mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.
Najib berkata kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat alasan di sebalik keputusan itu.
"Kita mesti terus mengulangi mesej berulang-ulang kali kerana pembangkang akan melakukannya (menentang langkah yang diambil kerajaan).
"Mereka akan berkata perkara yang sama berulang-ulang kali kerana pembohongan yang buat berulang-ulang akan diterima (secara silap) sebagai benar," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap pemansuhan subsidi gula itu akan menjurus kepada penurunan kes diabetes pada masa depan.
"Sepatutnya sejak awal kerajaan tidak beri subsidi gula. Apabila subsidi dikurangkan (dimansuhkan), ini adalah masa untuk masyarakat kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu simposium mengenai imunologi di sini.
Bernama
Sat Oct 26 2013
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.