awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna alas pakai buang, pengusaha kedai gunting di Sarawak ambil berat SOP

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2020
12:00 MYT
Guna alas pakai buang, pengusaha kedai gunting di Sarawak ambil berat SOP
SOP dan garis panduan tidak dipandang remeh pengusaha kedai gunting rambut di Sarawak demi keselamatan orang ramai. - Astro AWANI
Hari pertama pengoperasian kedai gunting rambut di Sarawak menyaksikan pelanggan dan pekerja perkhidmatan tersebut mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Melalui pemantauan di Bandar Raya Kuching, pengusaha kedai gunting rambut terlebih dahulu membuat persiapan awal seperti kerja-kerja sanitasi di premis sebelum menerima pelanggan.
Bagi pengusaha perkhidmatan itu, Azahary Ibrahim, setelah lebih tiga bulan tidak beroperasi, tahap keselamatan pelanggan menjadi keutamaan dalam menjalankan perniagaan tersebut.
Notis yang digantung kedai gunting rambut, Hombre Barber Kuching. -Gambar Astro AWANI
Notis yang digantung kedai gunting rambut, Hombre Barber Kuching. -Gambar Astro AWANI
Malah, dia turut menggantung maklumat tentang larangan tertentu di pintu kedainya agar pelanggan lebih peka terhadap situasi.
“Saya ada meletakkan tanda di depan pintu kedai berkenaan larangan ataupun perkara yang boleh dilakukan oleh pelanggan ketika berada di kedai saya.
“Kami amat mengalu-alukan pelanggan untuk menggunting rambut di kedai saya,” katanya.
Tidak ketinggalan dalam mengadaptasi cara baharu, operasi kedai gunting rambut miliknya juga menerima tempahan secara dalam talian bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Dalam pada itu, Azahary memberitahu, kerja sanitasi wajib dilakukan setiap kali selepas sesi menggunting rambut pelanggan.
Tambahnya lagi, pelanggan tidak perlu bimbang dari segi soal keselamatan, kerana kedainya turut menyediakan alas pelindung pakai buang sebelum meneruskan dandanan.
Bagi pelanggan, Ahmad Afiq Shah, pembukaan sektor perniagaan tersebut nyata memberi kelegaan buat mereka. Malah, mereka amat menerima baik langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
“Ya, saya rasa selamat. Mereka mematuhi garis panduan dan ambil berat cara pembersihan yang betul. Mereka (pengusaha) ada melakukan notis di media sosial sebelum membuka kedai,” ujarnya.
Sementara itu, bagi pelajar Universiti Lim Kok Wing, Izzul Hamzah Gobil yang sempat berkunjung ke premis itu, dia tidak kisah sekiranya ada cara yang lebih terperinci yang perlu dipatuhi oleh pelanggan dan pengusaha.
“Saya tidak kisah sekiranya terdapat cara yang lebih tegas dalam pelaksanaan SOP. Semuanya dilakukan demi keselamatan kita juga,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peralihan negara kepada fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan membenarkan beberapa sektor awam termasuk perkhidmatan kedai gunting rambut untuk beroperasi mulai 9 Jun 2020.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Hombre Barber
#kedai gunting rambut
#Kuching
#Perdana Menteri
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Tan Sri Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan