awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna alat penimbang durian tidak sah, lima peniaga disiasat

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2018
23:58 MYT
Guna alat penimbang durian tidak sah, lima peniaga disiasat
Peniaga durian yang didapati menggunakan alat penimbang tidak sah boleh disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harta dan Anti Pencatutan 2011. - Gambar Astro AWANI
Tindakan sesetengah peniaga licik menipu berat jualan durian sebelum tular sejak beberapa hari lepas terus mendapat perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK.
Di Petaling Jaya misalnya, KPDNK daerah itu melancarkan beberapa serbuan secara mengejut ke atas premis jualan yang dikenal pasti cuba menipu pengguna dengan menggunakan alat timbang tidak sah.
Timbalan Ketua Penguatkuasa Daerah Petaling Jaya, Ramli Nayan berkata, operasi sejak Isnin hingga semalam melakukan pemeriksaan ke atas 38 buah premis jualan.
“Antaranya, serbuan dijalankan di Jalan Tanduk dan SS2. Daripada 38 premis jualan yang diserbu, lima kes peniaga dikesan menggunakan alat penimbang yang tidak disahkan oleh KPDNKK,’’ kata beliau semasa ditemui media selepas operasi selesai.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harta dan Anti Pencatutan 2011.
Turut disita dalam serbuan, barangan jualan dan durian bernilai lebih RM6,000.
Sementara itu, Ramli berkata, hasil serbuan KPDNKK itu mendapati tiada kesalahan dilakukan peniaga membabitkan penipuan berat durian sebagaimana tular di media sosial.
Bagaimanapun tegas beliau, pemeriksaan bagi kesalahan itu akan terus dipantau pihak berkuasa.
Orang awam yang memiliki maklumat mengenainya diminta menyalurkan kepada KPDNKK bagi membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harta dan Anti Pencatutan 2011
#Akta Timbang dan Sukat 1972
#durian
#KPDNKK
#peniaga tipu
#Petaling Jaya
#Premis durian
#serbuan
#timbang
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan