awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Serangan AS gagal musnahkan kemudahan nuklear Iran secara menyeluruh - CNN
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Netanyahu dakwa Israel capai kemenangan bersejarah
DUNIA
Konflik Israel-Iran: Jurucakap IRGC tuduh Israel langgar gencatan senjata, ancam lanjutkan serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Guna hampir 70 syarikat bolot projek puluhan juta ringgit, SPRM tahan DO dan juruukur

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Guna hampir 70 syarikat bolot projek puluhan juta ringgit, SPRM tahan DO dan juruukur
Kedua-dua suspek terlibat direman selama lima hari bermula Sabtu selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini - Gambar sumber
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman dua lagi individu iaitu seorang Pegawai Daerah (DO) bersama seorang juruukur bahan.
Ia susulan penahanan tiga individu termasuk dua bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran di Selangor pada Jumaat selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.
Kedua-dua suspek terlibat direman selama lima hari bermula Sabtu selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Menurut sumber, kedua-dua individu terlibat telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 9 dan 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.
Jelas sumber lagi, suspek-suspek terlibat dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang merupakan sindiket kartel projek bagi membolot projek-projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012.
Katanya, kontraktor terlibat boleh memperoleh pelbagai projek bernilai anggaran RM20 juta dalam tempoh empat tahun di sebuah daerah sahaja.
Difahamkan, terdapat kira-kira 70 syarikat yang digunakan untuk membolot projek -projek tersebut termasuk kira-kira 16 syarikat milik keluarga mereka dan selebihnya merupakan kroni atau proksi.
"Kontraktor-kontraktor ni akan menjaga dan berdampingan dengan pegawai-pegawai terlibat seperti menaja bermain golf, cuti ke luar negara dengan membiayai perbelanjaan sekeluarga," katanya.
Jelas sumber itu lagi, DO tersebut dipercayai menerima suapan bernilai kira-kira RM125,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan.
"Suapan itu adalah sebagai balasan untuk membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan lain-lain kerja secara sebut harga dan tender di kawasan sekitar Selangor," ujarnya.
Katanya, keseluruhan nilai projek-projek tersebut berjumlah kira-kira RM3 juta.
Sementara juruukur bahan pula, sumber berkata suspek dipercayai memperoleh suapan sebanyak satu peratus daripada nilai projek, selain wang tunai berjumlah anggaran RM90,000 dan sebuah basikal bernilai RM3,000.
Katanya, suspek dipercayai telah membocorkan maklumat-maklumat berkaitan tender kepada kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan di sebuah daerah lain pula di Selangor.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah DO juruukur
#Projek puluhan juta ringgit
#Rasuah Selangor
#Mahkamah Majistret Putrajaya
#DO rasuah 70 projek
#PKP 3 0
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami