awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui, lelaki didenda RM6,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/02/2023
04:22 MYT
Guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui, lelaki didenda RM6,000
Faizan Ashfaq Ahmed, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui, tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui, tahun lalu.
Hakim Azizah Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS) Faizan Ashfaq Ahmed, 47, mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Kelengkapan itu ialah satu unit KU-Band Satellite Broadcast Antenna jenama Stargold dan satu unit dekoder jenama D2H model V-5004 HD.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Dendang, Beruas, kira-kira jam 12.40 tengah hari, 28 Jun 2022.
Dia didakwa di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, dibaca bersama Peraturan 16(3) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Peraturan 37, juga peraturan sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan kesemua kelengkapan komunikasi itu dilupuskan mengikut tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Topic Berkaitan
#salah guna kelengkapan komunikasi
#lelaki didenda
#Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan