awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna kriteria Imkanur Rukyah untuk sahkan tarikh 1 Syawal - Ahli Falak

Faida Rahim
Faida Rahim
09/04/2023
14:23 MYT
Guna kriteria Imkanur Rukyah untuk sahkan tarikh 1 Syawal - Ahli Falak
Mohamad Faizal turut meminta umat Islam bersabar menanti keputusan tarikh Aidilfitri tahun ini dan menjalankan ibadat sebanyak mungkin pada hari-hari terakhir Ramadan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli falak menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah untuk mengesahkan penampakan anak bulan.
Menurut Pegawai Falak Jabatan Mufti Perak, Mohamad Faizal Jani, anak bulan tersebut hendaklah dihitung kedudukannya ketika matahari terbenam dan hendaklah berada di atas ufuk.
“Ada dua syarat iaitu jarak lengkung yang mana jarak antara matahari dan bulan hendaklah tidak kurang 6.4 darjah manakala tinggi bulan pula tidak kurang dari tiga darjah.
“Jadi sekiranya anak bulan itu wujud, tetapi kurang dari syarat ini maka dalam konteks kita di Malaysia, kita jangka anak bulan itu tidak boleh dilihat. Tetapi kalau berada di atas parameter disebut, maka dijangka boleh dilihat.
“Selepas itu kita akan bawa data tersebut sebagai panduan bagi kita mencerap anak bulan pada 29 Ramadan. Berdasarkan itu, kita ada 29 lokasi untuk cerap anak bulan,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Dalam pada itu katanya, laporan cerapan akan diserahkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku badan paling berautoriti untuk mengumpul kesemua laporan yang dibantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan keputusannya.
Mohamad Faizal turut meminta umat Islam bersabar menanti keputusan tarikh Aidilfitri tahun ini dan menjalankan ibadat sebanyak mungkin pada hari-hari terakhir Ramadan.
“Nasihat saya kepada seluruh umat Islam di Malaysia, dalam kita nak menunggu bila tarikh 1 Syawal akan tiba, maka kita tunggu dengan sabar pengisytiharaan penyimpan mohon besar Raja-Raja pada 20 April nanti.
“Selepas itu, laporan dikeluarkan dan disampaikan kepada penyimpan mohor besar Raja-Raja. Umat Islam boleh bersabar dan terus menikmati keindahan dan hari-hari terakhir bulan Ramadan dan menggunakan peluang ini untuk terus beribadah kepada Allah SWT di samping membuat persiapan 1 Syawal nanti,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#JAKIM
#Ahli Falak
#Mohamad Faizal Jani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan