BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang meniaga makanan dari rumah dengan keuntungan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Amin Afifi Yaakob, 36, berkata, dia dan isterinya, Yufaeza Yussof, 30, kini mampu memperoleh pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan dengan berniaga menggunakan mesin layan diri (vending machine) yang dibekalkan di bawah IPR, kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lepas.
"Saya sebelum ini berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah iaitu jualan dibuat menerusi laman sosial dan apabila mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, saya terus mendaftar sebelum dihubungi yang saya berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.
"Kami dapat mesin pada September 2023 dan mula berniaga menggunakannya bermula Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan," katanya ketika ditemui Bernama.
Amin Afifi yang mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu berkata, dia bersama isterinya menyediakan pelbagai jenis menu di mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar di situ mendapat makanan yang variasi.
Katanya, makanan yang disediakan juga mengikut menu terkini dan pilihan pelajar termasuk nasi lemak, ayam goreng Korea, ayam goreng keju, cop ayam, spageti, kekacang, tortilla, sandwic dan pelbagai lagi.
"Menu kita sentiasa berubah-ubah mengikut pilihan makanan terkini dan tular, lagi satu saya selalunya bertanya apa yang mereka (pelajar) mahu supaya makanan yang kami sediakan itu memang menjadi pilihan mereka dan saya lebih suka bawakan menu dari restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan.
"Nasi lemak dengan lauk telur, nuget dan sosej serta nasi lemak lauk ayam yang dijual dengan harga RM3 dan RM4 merupakan menu yang sering habis awal di mesin layan diri itu, malah ia merupakan makanan yang diletakkan setiap hari di situ berbanding menu lain yang saya letak secara berselang-seli," katanya.
Amin Afifi yang tinggal di Bukit Minyak di sini berkata, setiap hari dia akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantar ke mesin layan diri itu pada 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan itu sentiasa dalam keadaan segar.
Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan yang dihantar ke mesin layan diri itu katanya, ialah hasil air tangan dia dan isteri, manakala selebihnya adalah daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza kerana mahu berkongsi rezeki dengan mereka.
"Menu yang kami jual selalunya tidak sama dengan makanan di kafeteria kerana kita tidak mahu bersaing dengan mereka, malah makanan yang dihantar di mesin layan diri itu juga pada sebelah malam selepas kafeteria ditutup jadi pelajar-pelajar mempunyai pilihan untuk beli.
"Saya juga akan maklumkan menu apa yang dihantar di mesin layan diri terbabit menerusi kumpulan Telegram pelajar UiTM di situ supaya mereka dapat membelinya. Setiap bulan saya boleh menjual hingga lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan yang dijual dengan harga RM1 hingga RM8.
Justeru, beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Ekonomi yang membuka peluang rezaki baharu kepada mereka, sekali gus dapat menarik nafas lega kerana tidak lagi dibelenggu masalah pendapatan tidak menentu.
IPR yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Februari tahun lepas bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.
Inisiatif berkenaan melibatkan kerjasama antara kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan pendekatan keseluruhan negara seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) serta prinsip Ihsan di bawah Kerangka Dasar MADANI.
Menerusi inisiatif INSAN, penerima akan diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan yang dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan selama dua tahun.
Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada syarikat swasta yang memerlukan pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis. - BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024

Amin Afifi berkata dia bersama isterinya menyediakan pelbagai jenis menu di mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar di situ mendapat makanan yang variasi. - Gambar Bernama

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura
Usaha meningkatkan kesalinghubungan udara antara dua negara, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.

Strategi Melaka lantik Fan Bingbing sebagai duta beri impak besar - Ab Rauf
Kejayaan berkenaan terbukti dengan peningkatan jumlah pelancong China ke Melaka iaitu sebanyak 664,687 orang pada tahun lepas berbanding 204,818 pada 2023.

Aspek pendidikan jangan terbatas, didik masyarakat dengan ilmu terkini - Abang Johari
Sarawak sentiasa menekankan cabang-cabang ilmu yang tertumpu ke arah penyelesaian cabaran global masa hadapan, khususnya bidang teknologi dan ekonomi.

PRU2025 Singapura catat peratusan keluar mengundi 92.83 peratus - ELD
Seramai 5,966 daripada 8,091 pengundi luar negara hadir di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan untuk membuang undi mereka.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Zelenskyy bertemu Erdogan bagi rundingan damai Rusia-Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, tiba di Ankara dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan usaha damai perang Rusia-Ukraine.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.

RUU Statisik 2025 akan dibentang tahun ini - Ketua Perangkawan
Ketua Perangkawan Negara Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2025 dijangka akan dibentangkan tahun ini

Delegasi Jepun kunjungi Malaysia minggu depan perkukuh kerjasama tenaga hijau
Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC).

SPRM, Kementerian Ekonomi tubuh pasukan khas pantau projek negeri, daerah
SPRM dan Kementerian Ekonomi telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau projek-projek di peringkat negeri dan daerah.

Pelan Hala Tuju Gas Negara dalam proses akhir untuk dimuktamadkan - Rafizi
Kementerian Ekonomi dalam proses akhir untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

RMK13 teruskan dasar bersepadu, fokus industri HGHV - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan memastikan dasar bersepadu dan bersesuaian yang memberi tumpuan kepada industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diteruskan dalam Dokumen Rancangan RMK13.

Negeri Sembilan giat perkasa industri ternakan, jangka tingkat bekalan daging 15 peratus
Kerajaan Negeri Sembilan sedang giat memperkasakan industri penternakan bagi meningkatkan SSR daging tempatan menerusi kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan.

PM Anwar minta Kementerian Ekonomi beri perhatian 10 cadangan projek utama di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi untuk memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
Antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa.

Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.