awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna model kejayaan Selat Melaka untuk Laut Sulu

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/06/2016
15:37 MYT
Guna model kejayaan Selat Melaka untuk Laut Sulu
Hishammuddin akan bentangkan Model Rondaan Laut Selat Melaka untuk Laut Sulu Ahad ini. - Foto Astro AWANI/HILAL AZMI
Malaysia bercadang untuk mengguna pakai model Rondaan Laut Selat Melaka untuk memperkukuh tahap keselamatan di Laut Sulu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan mengurangkan kadar jenayah di Selat Melaka membuktikan model ini sesuai untuk digunakan dalam menghadapi ancaman keselamatan di perairan negara.
Statistik yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuktikan kerjasama kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura sejak 2004 dan penglibatan Thailand pada 2006 menunjukkan penurunan ketara aktiviti lanun dan rompakan laut.
Pada 2004, sebanyak 37 kes dicatatkan, manakala tahun 2015 hanya 3 kes direkodkan.
Sejak Januari lalu, tiada kejadian rompakan laut dilaporkan.
Mengambil contoh model ini, Hishammuddin berkata ia akan dibentang dalam pertemuannya bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Ryamizard Ryacudu dan juga Voltarie Gazmin, Menteri Pertahanan Filipina yang dijadualkan Ahad ini.
"Laut Sulu ialah lokasi panas untuk aktiviti lanun, rompakan bersenjata dan juga penculikan. Untuk tahun ini sahaja, sudah tiga kejadian penculikan dilaporkan.
"Kejadian penculikan kebanyakannya berlaku untuk dapatkan wang tebusan," katanya kepada media selepas membuat Tinjauan Rondaan Laut Selat Melaka dan majlis berbuka puasa bersama warga KD Mahawangsa di sini hari ini.
Tambahnya, ancaman di Laut Sulu tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama dengan negara jiran memandangkan ancaman ini merupakan ancaman bersama.
Beliau pada masa sama turut memuji usaha yang digerakkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara dalam memastikan operasi ini berjalan dengan cemerlang.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#KD Mahawangsa
#Laut Sulu
#Selat Melaka
#TLDM
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan