SHAH ALAM: Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang atau cross contamination yang menyebabkan pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek atau tempat ke tempat lainnya.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata, bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.
Menurutnya, ia akan memberi risiko pencemaran kimia dan biologikal kepada makanan tersebut.
"Mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit seperti kolera, tifoid, disentri, hepatitis A dan keracunan makanan.
"Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko," jelasnya pada Khamis.
Pada Ahad lepas, tular sekeping gambar di media sosial yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Pekerja tersebut dilihat bertindak menggunakan pengelap lantai atau ‘mop’ untuk membersihkan microwave yang diperuntukkan untuk kegunaan pelanggan.
Bagaimanapun, pihak 7-Eleven bertindak pantas dan telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf serta memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap pekerja yang melanggar protokol premis kedai serbaneka itu.
Sementara itu, KKM turut menasihati orang ramai agar segera membuat aduan melalui SisPAA sekiranya melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023
Gambar pekerja kedai serbaneka menggunakan pengelap lantai untuk membersihkan microwave tular di media sosial. -Sinar Harian
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM
Bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.
Jarum suntikan berbeza ikut keperluan - KKM
Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan, termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan.
Najis, bangkai tikus ditemui di dapur restoran di P. Pinang
Daripada enam premis yang diperiksa, tiga premis diarahkan tutup selama 14 hari, manakala tujuh kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi empat jam itu.
[INFOGRAFIK] Hati-hati dengan bakteria Salmonella
Tahukah anda apakah punca Bakteria Salmonella ini terjadi dan bagaimana untuk anda mencegah daripada terkena bakteria tersebut.