awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna PPV bergerak mudahkan vaksinasi pengamal media - Chamil Wariya

Fareez Azman
Fareez Azman
09/06/2021
08:21 MYT
Guna PPV bergerak mudahkan vaksinasi pengamal media - Chamil Wariya
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya menyarankan agar pemberian vaksin kepada petugas media dapat dijalankan menerusi PPV bergerak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk memperluas pemberian vaksin kepada petugas media menggunakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak selain PPV Mega sedia ada.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya, langkah itu dapat mempermudahkan pemberian vaksin kepada golongan itu.
"Saya rasa mereka (pengamal media) yang berdaftar patut didahulukan misalnya hari ini hari pertama disuntik, esok jumlah (dos vaksin) boleh ditambah.
"Selain mereka ke PPV Mega ada baiknya kerajaan mempertimbangkan perkenalkan iaitu PPV bergerak, contohnya PPV bergerak boleh ke lokasi ke satu lokasi lain, dalam konteks ini ke agensi media seperti Astro AWANI, Media Prima dan Kumpulan Star, sebagainya.
"Cara ini lebih pantas mereka boleh berkumpul dan boleh disuntik dengan lebih cepat lagi," katanya ketika ditemubual Astro AWANI pada Rabu.
Tambah Chamil, pemberian vaksin kepada pengamal media itu juga dapat meningkatkan keyakinan golongan wartawan yang bertugas di lapangan meskipun ketika pandemik COVID-19 semakin meruncing.
Malah selain perlindungan diri seperti termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemberian vaksin itu sekali gus dapat meningkatkan perlindungan dalaman seseorang petugas media.
Kata Chamil lagi, beliau turut berharap agar setiap petugas media yang menerima vaksin dapat menceritakan pengalaman mereka kepada masyarakat.
Ia sedikit sebanyak jelasnya, dapat membantu agar rakyat lebih faham kepentingan mengambil vaksin.
"Saya percaya setiap kali wartawan mencatatkan pengalaman mereka lalui (selepas terima vaksin) maka lebih ramai atas pagar yakin bahawa vaksinasi adalah satu benteng penting menyekat penularan COVID-19.
"Saya berharap mereka telah disuntik ceritakanlah pengalaman masing-masing dan kebaikan selepas disuntik itu bagus dilakukan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Majlis Keselamatan Negara
#SOP
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
#Pusat Pemberian Vaksin
#Malaysia
#PPV
#ppv bergerak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan