KUBANG PASU: Dijanjikan upah lumayan, seorang pemandu lori sanggup mencuri guna van bapa saudaranya untuk membawa 18 pendatang tanpa izin (PATI) dari Bukit Kayu Hitam untuk di hantar ke Butterworth, Pulau Pinang.
Namun cubaan lelaki berusia 35 tahun itu terbantut apabila dia ditahan polis di Kilometer 8.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam pada jam 5.30 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil pemeriksaan menemui 15 lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 40 tahun di dalam van terbabit.
“Hasil siasatan suspek mengaku menerima upah dari rakannya untuk membawa kesemua PATI itu kepada majikan yang telah menunggu di Pulau Pinang.
"Manakala soal siasat ke atas Pati mereka mengaku memasuki negara ini pada 12 Mei lalu jam 11 malam melalui kawasan Bukit Tangga dan menunggu dalam hutan sementara diambil suspek," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu menerusi tangkapan kedua seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan ketika membawa tujuh PATI warga Myanmar di Kilometer 30.5 Lebuhraya Utara Selatan pada jam 10.30 pagi Isnin.
Suspek memandu kereta Perodua Alza miliknya dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam untuk menghantar kesemua Pati terbabit ke Kubang Semang, Pulau Pinang.
“Polis percaya kedua-dua suspek warga tempatan ini berperanan sebagai transporter menerima upah daripada tekong darat,” katanya.
Jelas Rodzi, hasil siasatan 25 Pati terbabit telah melunaskan wang sebanyak RM5,000 setiap seorang kepada ejen yang berada di Myanmar.
Kesemua Pati terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670)/ Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 16 2022

Cubaan lelaki berusia 35 tahun itu terbantut apabila dia ditahan polis di Kilometer 8.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam. - Foto ihsan polis

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangk di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Mayat pemancing lemas di Tasik Gubir ditemukan
Mayat Othman Abdul Ghani, 49, ditemui terapung pada jarak 10 meter dari tempat bot dinaikinya tenggelam pada pukul 3 petang ini.

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

'Halalkan' pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh bawa kesan buruk - Saravanan
Idea untuk menghalalkan pendatang tanpa izin sebagai tenaga kerja boleh membawa kesan yang tidak diingini kepada tenaga kerja negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Tekong darat pengkhianat negara - KP Perlis
Tekong darat mengenakan bayaran sekitar RM1,000 hingga RM2,000 seorang mengikut perjanjian yang dipersetujui dengan pendatang asing.

Pemandu e-hailing ditahan terima upah bawa PATI
Pemandu e-hailing ditahan ketika cuba menyeludup tujuh pendatang tanpa izin sewaktu melintasi Plaza Tol Hutan Kampung arah Selatan.

Guna van bapa saudara seludup PATI
Cubaan lelaki berusia 35 tahun itu terbantut apabila dia ditahan polis di Kilometer 8.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Bukit Kayu Hitam.

Polis cekup 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar di Tanah Merah
Polis menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang bersembunyi di sebuah rumah kedai di Kampung Jelakong petang tadi.

Polis siasat 30 etnik Rohingya masuk Malaysia
PDRM terpaksa guna warga Rohingya di negara ini untuk berkomunikasi kerana kesemua pelarian itu tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

143 pendatang tanpa izin termasuk pelarian Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau
Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.

Segera adakan sesi libat urus tangani isu PTI Sabah - Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, sesi tersebut perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu, tanpa mengira parti politik.

Lelaki angkut pendatang asing seludup masuk ke Malaysia dipenjara 8 tahun
Sulaiman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Julai 2020 selepas dia mengaku bersalah melindungi dan menyembunyikan lima pendatang tanpa izin warga Indonesia.

Jeffrey Kitingan dilantik ketua jawatankuasa khas Sabah berhubung pendatang asing
Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua pasukan penguat kuasa undang-undang, majikan yang mengambil pekerja asing, pemimpin-pemimpin politik serta pemimpin masyarakat.