awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Merapi meletus lagi

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2023
23:15 MYT
Gunung Merapi meletus lagi
Imej dramatik lahar yang mencurah dari kawah gunung berapi itu berjaya dirakam oleh Balai Cerap Gunung Merapi. - Foto Twitter/Merapi Uncover
JAKARTA: Gunung Merapi di Indonesia, antara gunung berapi paling aktif di dunia, meletus semula semalam dan memuntahkan lahar lebih dua kilometer dari kawahnya.
Imej dramatik lahar yang mencurah dari kawah gunung berapi itu berjaya dirakam oleh Balai Cerap Gunung Merapi yang dikendalikan kerajaan iaitu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG).
Susulan itu, berpuluh-puluh gegaran kecil letusan Merapi direkodkan.
Menurut Ketua BPPTKG, Agus Budi Santoso, aktiviti Merapi sedikit meningkat sejak beberapa minggu lalu, tetapi ia bukan luar biasa bagi gunung berapi tersebut.
Merapi, yang terletak hanya 28 kilometer di utara Yogyakarta, dipantau rapi oleh agensi BPPTKG.
[Breaking News] Garasi Maju Lancar di Jalan Wonosari kebakaran, Selasa (23/5/2023) | @troublewoble pic.twitter.com/4m9ViX7uel
— Merapi Uncover (@merapi_uncover) May 23, 2023
Pihak berkuasa juga melaksanakan zon sekatan 7 kilometer tahun lepas berikutan penilaian risiko untuk kampung di sekitarnya.
Bagaimanapun, paras amaran Merapi kekal tidak berubah iaitu kedua tertinggi sejak 2020.
Letusan besar terakhir gunung berapi pada 2010 membunuh lebih 300 orang dan memaksa pemindahan kira-kira 280,000 penduduk.
Ia letusan paling kuat di Merapi sejak tahun 1930 apabila kira-kira 1,300 orang terbunuh.
Topic Berkaitan
#Gunung Merapi
#lahar
#Balai Cerap Gunung Merapi
#meletus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan