Guru Besar ini kongsi sistem urus murid lewat dan tidak hadir, mudahkan pentadbiran sekolah

SK Taman Mutiara Rini kini menggunakan satu sistem digital yang telah digunakan di ratusan sekolah di Malaysia bagi mengurus kehadiran dan disiplin murid dengan lebih tersusun.
ISU murid datang lewat dan tidak hadir ke sekolah sering menjadi cabaran kepada pihak sekolah. Setiap pagi, guru bertugas terpaksa menegur murid yang sama, manakala pihak pentadbiran pula berdepan kesukaran menyusun data kehadiran yang kemas dan konsisten untuk tindakan susulan.
Namun, pendekatan berbeza yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, mula menunjukkan perubahan ketara.
Guru Besarnya, Mohd Faruze Iberahim, berkongsi bahawa sekolah beliau kini menggunakan satu sistem digital yang telah digunakan di ratusan sekolah di Malaysia bagi mengurus kehadiran dan disiplin murid dengan lebih tersusun.
Menurut beliau, yang juga merupakan pelatih digital berpengalaman lebih 20 tahun, penerima pelbagai anugerah pendidikan digital serta Cikgu Juara Digital MDEC, pengurusan kehadiran murid tidak boleh bergantung kepada teguran dan kerja manual semata-mata.

Dari sudut kos, Mohd Faruze menjelaskan bahawa sistem itu ditawarkan secara percuma kepada sekolah.
“Apabila data kehadiran direkod secara jelas dan konsisten, murid mula lebih peka dengan masa. Guru pula tidak lagi perlu menegur murid yang sama setiap pagi,” jelasnya.
Melalui sistem StudentQR, kehadiran murid direkod hanya dengan satu imbasan kod QR bersama masa sebenar.
Murid yang hadir awal direkod sebagai merit, manakala murid yang hadir lewat direkod sebagai demerit.
Bagi murid yang tidak hadir ke sekolah, data ketidakhadiran dapat dikenal pasti lebih awal untuk tindakan susulan oleh pihak sekolah.
Pendekatan ini bukan sahaja memberi kesan kepada murid, malah memudahkan urusan guru dan pentadbiran sekolah.
Guru tidak perlu membuat kerja berganda, manakala pihak pentadbiran mempunyai data kehadiran yang lebih kemas dan telus.

Dari sudut kos, Mohd Faruze menjelaskan, sistem itu ditawarkan secara percuma kepada sekolah.
Pelaksanaan hanya melibatkan penggunaan lencana QR murid, tanpa sebarang kos tambahan kepada ibu bapa.
Maklum balas ibu bapa juga sangat positif apabila melihat perubahan sikap anak-anak yang kini lebih bertanggungjawab terhadap kehadiran dan disiplin diri.
Berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan digital, Mohd Faruze menyifatkan StudentQR sebagai antara sistem paling praktikal dan berkesan dalam pengurusan kehadiran dan disiplin murid setakat ini.
Menariknya, sistem berkenaan bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah telah digunakan di Indonesia dan Jepun, membuktikan kesesuaiannya merentasi konteks pendidikan yang berbeza.
Melihat kepada keberkesanan pelaksanaan tersebut, Mohd Faruze kini turut berkongsi pengalaman dan kaedah ini dengan sekolah-sekolah lain yang ingin membuat persediaan awal sebelum sesi persekolahan bermula.
* Artikel dikongsikan oleh Syed Huzaifah Syed Omar, Pengasas Student QR.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


