KUALA TERENGANU: Seorang Guru Besar dan Ketua Pembantu Tadbir serta dua pengurus syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan pembekalan makan minum murid dan pembersihan sekolah yang bernilai lebih RM1 juta.
Kesemua mereka dipercayai berkomplot membuat tuntutan palsu bagi pembekalan makan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah di negeri Terengganu membabitkan kontrak pembekalan bernilai RM1.3 juta.
Menurut sumber, kesemua mereka dikatakan mengemukakan tuntutan palsu bermula tahun 2022 sehingga 2023 melibatkan tuntutan ke atas 100 orang murid sedangkan jumlah murid sebenar hanyalah 35 orang.
SPRM Terengganu dalam operasi yang sama turut menjalankan siasatan terhadap tuntutan palsu melibatkan kontrak pembersihan berjumlah RM35,000 di sekolah yang sama.
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an telah ditahan di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 11 pagi tadi.
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Nur Fazlizai Ali
Mon Feb 05 2024
Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.- Gambar hiasan
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Guru besar antara empat ditahan bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang Guru Besar, Ketua Pembantu Tadbir dan dua pengurus syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai lebih RM1 juta.