awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini

Bernama
Bernama
25/11/2024
03:05 MYT
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi bilik gerakan IPD Maran menerusi talian 09-4771222.
KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru penolong kanan kokurikulum yang dikhuatiri lemas ketika memancing di rumah rakit, jeti Chenor, Pekan Lama Chenor, Maran dekat sini semalam, disambung 8 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Beliau berkata Murdani yang bertugas di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor bersama rakannya telah pergi ke rumah rakit jeti Chenor untuk memancing kira-kira pukul 5.50 petang sebelum terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan oleh arus sungai.
Wong berkata ketiadaan mangsa disedari pukul enam petang dan rakan mangsa yang berada berhampiran telah cuba menyelamatkannya, namun tidak berjaya.
"Pada lebih kurang pukul 8 malam, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran bersama agensi penyelamat daerah Maran, seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia telah menjalankan operasi SAR bagi mengesan mangsa.
"Lokasi pencarian tertumpu di sekitar kawasan kejadian dan dihentikan pukul 9.30 malam tadi dan disambung semula pagi ini. Operasi SAR hari ini melibatkan pertambahan bantuan sumber manusia dan aset agensi penyelamat lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian mangsa turut melibatkan kerjasama dan sokongan komuniti setempat dan meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi bilik gerakan IPD Maran menerusi talian 09-4771222.
"Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati semasa berada di kawasan sungai atau laut berikutan cuaca tidak menentu ketika ini bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru lemas
#operasi sar
#Memancing
#Chenor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan