Seorang guru kelahiran Malaysia, yang kini mengajar di Kemboja, mempunyai peluang untuk merangkul Hadiah Guru Global Yayasan Varkey bernilai US$1 juta (RM3.56 juta) selepas dinamakan antara 10 finalis untuk merebut anugerah tersebut.
Madenjit Singh, bersama-sama sembilan lagi calon finalis, akan diterbangkan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menghadiri majlis anugerah sempena Forum Kemahiran dan Pendidikan Global, 15 Mac ini.
Calon finalis lain adalah dari negara Afghanistan, India, Haiti, Kenya, Kemboja, United Kingdom serta tiga wakil daripada Amerika Syarikat, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh yayasan itu hari ini.
Yayasan itu berkata Madenjit Singh kini mengajar di sebuah sekolah di Kemboja di bawah Grassroots Development Institute - Science of Life Studies (GDI-SOLS) 24/7.
SOLS 24/7 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh Madenjit dengan menawarkan program latihan komprehensif selama dua tahun, dengan menyediakan kursus kemahiran hidup untuk golongan belia yang terpinggir.
Pertubuhan itu kini menguruskan 185 buah sekolah termasuk di perkampungan pedalaman di Malaysia, Kemboja, Timor Leste, Laos dan India.
Pencalonan 10 finalis itu dilakukan daripada 50 calon yang disenaraipendekkan daripada lebih 5,000 pencalonan dan 1,300 permohonan akhir daripada 127 negara.
Bernama
Sat Feb 14 2015
Madenjit Singh akan terbang ke Dubai, UAE untuk menghadiri majlis anugerah sempena Forum Kemahiran dan Pendidikan Global 15 Mac ini.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang guru lelaki berusia 53 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran petang tadi.
Guru dipenjara hanya kerana tegur anak polis
Pihak sekolah turut mengesahkan murid tersebut tidak dipukul seperti didakwa, namun tidak diterima ibu bapanya.
Video ajar tulisan jawi, Cikgu Lorenica Frenila raih pujian
Kemahiran dalam penulisan jawi itu diperoleh Lorenica Frenila Masundim ketika menuntut di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.
Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Kongres tidak setuju guru tegur sistem pendidikan kembali berkhidmat
Mohd Azizee berkata, tindakan ke atas guru terlibat tidak dilakukan secara tergesa-tergesa dan dengan mudah, sebaliknya telah melalui SOP ketat.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.