awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru mangsa Love Scam kerugian RM63,440

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/06/2021
04:57 MYT
Guru mangsa Love Scam kerugian RM63,440
Mangsa merupakan ibu tunggal berusia 43 tahun berasal dari Sik dipercayai telah dua bulan mengenali lelaki tersebut. - Gambar hiasan BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang guru wanita kerugian RM63,440 apabila menjadi mangsa diperdaya sindiket ‘Love Scam’ selepas berkenalan seorang lelaki melalui aplikasi Instagram sejak April lalu.
Mangsa merupakan ibu tunggal berusia 43 tahun berasal dari Sik dipercayai telah dua bulan mengenali lelaki tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, suspek memperkenalkan diri sebagai Mohammed Zamzuree yang berasal dari United Kingdom.
“Suspek memberitahu dia mengirim barang kepada mangsa berupa beg tangan, kasut, jam tangan dan satu set perhiasan serta telefon bimbit.
"Mangsa kemudian dihubungi individu yang mengaku sebagai 'pegawai' kastam Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan memaklumkan terdapat barangan yang dikirim suspek dan meminta mangsa membuat bayaran cukai bagi melepaskan barangan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu..
Elias berkata, mangsa percaya dengan apa yang diberitahu 'pegawai' terbabit segera membuat pemindahan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank yang diberikan suspek pada Mei lalu sebanyak tujuh kali transaksi berjumlah RM63,440.
Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada adiknya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Nerang pada Selasa.
Susulan laporan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Elias turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan Love Scam.
Selain itu tegasnya, oramg ramai diminta tidak terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial terutama mereka yang tidak pernah bertemu.
Topic Berkaitan
#kerudian
#mangsa
#Instagram
#KLIA
#kastam
#bank
#cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan