awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru perlu kreatif, inovatif selesai masalah bilik darjah

Bernama
Bernama
12/10/2016
23:31 MYT
Guru perlu kreatif, inovatif selesai masalah bilik darjah
Peralihan sistem pendidikan kepada PBS memerlukan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari dan meningkatkan potensi pelajar. -Gambar hiasan
Golongan guru boleh menjadi pendidik berkualiti antarabangsa sekiranya mereka mampu menyelesaikan masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan kreatif dan inovatif.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata antara masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang perlu diatasi guru adalah berinteraksi dengan setiap pelajar yang mempunyai keupayaan, kebolehan dan latar belakang berbeza.
"Rupa bentuk masyarakat dalam sesebuah negara bergantung kepada apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Paling penting dalam bilik darjah adalah interaksi antara pelajar dan guru yang seharusnya menyumbang kepada daya pemikiran tinggi dan penerapan akhlak baik ke atas mereka (pelajar).
"Kita (guru) tidak berada dalam suasana sempurna. Maksudnya, tidak semua pelajar pandai dan mudah terima apa yang kita ajar. Itu adalah kekangan untuk mencapai interaksi yang berkesan," katanya ketika berucap pada Penutupan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa di sini, pada Rabu.
Beliau berkata peralihan sistem pendidikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh bagi membolehkan setiap pelajar diajar mengikut kemampuan dan dinilai secara adil daripada semua aspek, memerlukan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencari dan meningkatkan potensi pelajar.
"Sehubungan itu, pensyarah di IPG seluruh negara perlu memikirkan cara terbaik bagi melahirkan golongan pendidik yang mempunyai ilmu pengetahuan luas meliputi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan perubahan ke arah kreativiti dan inovasi," katanya.
Sementara itu, Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan IPGM 2016 bertema 'Pendidikan Abad ke 21 dan Masa Hadapan' menerima pakai 14 resolusi termasuk peningkatan kemenjadian guru, permulaan dengan pemantapan program latihan praperkhidmatan.
Selain itu, persidangan dua hari itu turut bersetuju supaya penggunaan dan eksploitasi multimedia, teknologi dan komunikasi dalam bidang pendidikan ditingkatkan supaya selaras dengan perkembangan semasa.
Persidangan itu dihadiri 350 peserta terdiri daripada pegawai Kementerian Pendidikan, pensyarah Kolej Matrikulasi, pensyarah Institut Aminuddin Baki, pensyarah universiti awam, IPG dan guru sekolah. - Bernama
Topic Berkaitan
#amin senin
#antarabangsa
#inovatif
#kreatif
#masalah pembelajaran dan pengajaran
#pendidik berkualiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan