SARIKEI: Para guru perlu menerapkan nilai-nilai yang sejajar dengan prinsip tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) dalam kalangan pelajar mereka, bagi melahirkan masyarakat yang peka kepada isu alam sekitar seperti perubahan iklim global.
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu juga, sejajar dengan tuntutan di bawah konsep Malaysia MADANI selain membolehkan guru mengangkat martabat negeri, dan membawanya untuk mencapai status maju menjelang 2030.
"Para guru perlu melengkapkan diri, supaya dapat memudah cara pembelajaran para murid dengan pemahaman dan kesedaran tentang ilmu serta maklumat yang relevan dengan zaman mereka," kata beliau dalam ucapannya untuk Majlis Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Dan Tokoh Guru Sarawak 2023, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan St Anthony di sini hari ini.
Dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Abang Johari berkata pemahaman dan kesedaran ilmu itu penting, bagi melengkapkan rakyat Sarawak dengan pengetahuan dan kemahiran seiring era digital dan revolusi industri 4.0.
"Era industri 4.0 kini amat memerlukan golongan pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran teknologi dalam meningkatkan kecekapan kerja.
Abang Johari berkata menerusi Kementerian Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, kerajaan negeri melaksanakan dasar untuk melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan, demi menambah baik pembangunan pendidikan negeri itu agar terus dinamik.
Beliau berkata masa hadapan ekonomi Sarawak yang mampan, bergantung penuh kepada keupayaannya membangunkan sumber yang ada, dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar, kelestarian sumber dan tadbir urus yang baik.
Dalam majlis itu bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2023, manakala Awangku Merali Pengiran Mohamed yang terkenal dengan penulisan pelbagai buku dan kegiatan seni, menerima anugerah Tokoh Guru Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Abang Johari berkata langkah itu sejajar dengan tuntutan di bawah konsep Malaysia MADANI selain membolehkan guru mengangkat martabat negeri, dan membawanya untuk mencapai status maju menjelang 2030. - Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Guru perlu terap nilai 'ESG' untuk lahirkan masyarakat peka alam sekitar
Para guru perlu lengkapkan diri dan memperkasa pembelajaran murid dengan pemahaman dan kesedaran tentang maklumat yang relevan dengan zaman.