awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pembelian dalam talian

Bernama
Bernama
26/04/2025
14:00 MYT
Guru rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pembelian dalam talian
Azli berkata pada Rabu lepas, mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun telah melihat iklan penjualan harumanis menerusi media sosial. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang guru bukan sahaja kempunan merasa keenakan mangga harumanis, malah berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM9,998.52 lesap ditipu sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada Rabu lepas, mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun telah melihat iklan penjualan harumanis menerusi media sosial.
Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa diminta memuat turun satu aplikasi bagi membuat tempahan buah berkenaan.
"Setelah mengisi semua maklumat diri, mangsa telah menerima kod respons pantas (QR) bagi tempahan itu dan diminta untuk menghantarkannya kepada suspek.
"Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui panggilan telefon menyebabkan telefon bimbitnya terpadam dengan tiba-tiba sebelum aktif semula beberapa minit selepas itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Azli berkata pada keesokan hari mangsa mendapati wang simpanannya sebanyak RM9,998.51 dalam akaun Tabung Haji telah lesap.
Setelah disemak, mangsa mendapati berlaku dua transaksi wang dari akaun Tabung Haji ke akaun bank miliknya sebelum dipindahkan ke satu akaun bank lain yang tidak dikenali.
"Mangsa telah membuat laporan pada 6.35 pagi Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#sindiket
#WhatsApp
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan