awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
07/03/2025
09:32 MYT
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.
KUANTAN: Seorang guru lelaki mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp pada November tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 59 tahun itu berminat menyertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat sebaik menerima satu mesej dari nombor tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudiannya telah membuat 20 transaksi berjumlah RM228,460 ke dalam 10 akaun bank berbeza-beza.
"Mangsa mula menyedari ditipu selepas dia diminta untuk memindahkan lagi wang, dan tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya menasihati orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan selain tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#guru kerugian
#polis
#sindiket penipuan
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan