awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi lebih RM20,000 ditipu urusan jual beli perabot

Bernama
Bernama
05/03/2022
03:15 MYT
Guru rugi lebih RM20,000 ditipu urusan jual beli perabot
Mangsa mendapati berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun bank miliknya ke dua akaun e-wallet yang berbeza.
SEREMBAN: Seorang guru wanita di Gemas, dekat sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM20,000, selepas ditipu dalam urusan jual beli perabot yang tidak wujud di laman sosial Facebook pada 27 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam, mangsa yang berusia 42 tahun itu mendakwa berminat membeli perabot meja solek selepas melihat iklan menjual barangan terbabit di Facebook.
"Mangsa kemudiannya menekan pautan yang diberikan dan telah mengisi butiran peribadi termasuk akaun bank menerusi pautan itu, selain diminta membayar RM10 sebagai yuran keahlian, bagi membolehkan dia membeli perabot dengan harga rendah.
"Wanita itu cuba membayar melalui pindahan wang tetapi tidak berjaya sekali gus gagal untuk melakukan pembayaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata wanita terbabit yang berasa curiga telah membuat semakan ke atas akaun Tabung Hajinya dan mendapati wangnya berkurang sebanyak RM16,060 dan dipindahkan ke akaun Bank Islam miliknya.
Beliau berkata mangsa seterusnya mendapati berlaku transaksi pengeluaran wang dari akaun bank Islamnya ke dua akaun e-wallet yang berbeza, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,120.
"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#tipu
#Facebook
#perabot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan